KIAN TERUS BERKEMBANG MAJU, GULA CAKERY KINI TELAH MEMBUKA CAWANGAN KE-10 DI KLCC

Kian terus berkembang maju, jenama Gula Cakery kini mengorak langkah untuk terus mengukuhkan empayar perniagaan kek dan pastri dengan pembukaan cawangan terbaharu di KLCC. Gula Cakery keluaran jenama tempatan ini telah menampilkan lebih 60 jenis kek dan pastri buat pencinta manisan

Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Gula Cakery, Arieni Ritzal, kafe di KLCC ini merupakan cawangan ke-10 dan lokasi ini dipilih bagi memenuhi selera warga kota selain usaha untuk mengembangkan lagi jenama yang dibina.

“Untuk cawangan terbaharu di KLCC, kami membawakan menu istimewa seperti croissant, big breakfast untuk memenuhi selera pelancong yang berkunjung, malah barisan menu kek dan pastri yang dipilih sendiri oleh saya dan chef Gula Cakery. Dan walaupun café di sini agak comel, namun kami menawarkan lebih daripada 60 jenis kek. Kek kami juga mendapat pengiktirafan sijil Halal.

“Apa yang istimewa dan wajib cuba di Gula Cakery pastinya Berry Pavlova dan Double Chocolate Hazelnut,” katanya ketika ditemui pada majlis peluncuran kafe terbaharu Gula Cakery baru-baru ini.

Tidak mudah meniti kejayaan yang diraih, namun jelas Arieni, dia jelas dengan misi dan matlamat. Malah ulasnya, selain menu yang lazat, mutu perkhidmatan pelanggan harus dititikberatkan bagi memberikan pengalaman terbaik buat pelanggan.

“Tidak dinafikan cabaran untuk terus bertahan sangat sengit, namun selama 13 tahun beroperasi, kami sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik buat pelanggan. Walaupun menu yang dihidangkan sedap, namun servis dan suasana café juga memainkan peranan penting dalam menentukan naik turun bisnes. Sebab itu semua cawangan Gula Cakery dipersembahkan dalam rekabentuk dan ‘vibe’ berbeza. Dan kita mesti ikut trend sekarang.

“Malah saya dibesarkan dan dididik untuk memberikan yang terbaik dalam setiap apa yang dilakukan. Nenek saya sentiasa berpesan rezeki tidak akan lari jika kita berikan yang terbaik. Buat secara Ikhlas dan bila ada feedback, respon dengan cara terbaik dan perbaiki apa yang kurang,” tambahnya lagi.

Dengan lebih 200 jenis kek di bawah jenamanya, Gula Cakery telah menarik ramai peminat setia dari kalangan keluarga urban sejak penubuhannya pada tahun 2015.

“Cawangan pertama Gula Cakery terletak di Kota Kemuning Shah Alam dan waktu itu saya baru berusia 25 tahun, dalam masa yang sama, bisnes ini turut beroperasi di rumah selama tiga tahun.

“Saya suka memasak dan membuat kek. Atas sebab itu café kami diubahsuai dengan dekorasi ceria agar sesuai untuk seisi keluarga terutama anak-anak. Malah menu juga diolah agar mesra kanak-kanak dan setiap peringkat umur.

Gula Cakery kini mempunyai sepuluh cawangan dengan beberapa anak syarikat di seluruh Lembah Klang, termasuklah jenama seinduknya Gula Creamery, Andra by Gula Cakery dan Malaiqa by Gula Cakery.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *