HIDANGAN APA HARI INI : LEMAK UDANG

Salam Ramadan semua, masak apa hari ini. Cik Seri nak kongsikan resepi pengemar udang hari ini. Jom ikut Hidangan Apa Hari Ini!

Hidangan Apa Hari Ini! Jom kongsi resepi…

Bahan bahan:

10-15 ekor udang

1 batang serai – ketuk

1 kotak santan pekat

1 keping asam keping

Garam

Serbuk perasa

Bahan Tumbuk:

3 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

7 tangkai cili padi

1 inci kunyit hidup

Cara cara:

Mula-mula tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit sehingga lumat.

Masak bahan tumbuk dengan santan dan serai dengan api perlahan sehingga mendidih sambil kacau supaya santan tidak berketul.

Bila mendidih masukkan udang. Kemudian masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa.

Bila udang masak, bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Ikhlas,
Cik Seri…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *