{VIDEO}MANFAATKAN TANAH PERSENDIRIAN MAHUPUN PUSAKA YANG TERBIAR

Acap kali kita dengar akan tanah persendirian mahupun pusaka yang terbiar kosong tanpa diuruskan dan dijaga oleh pemilik. Sehinggakan tanah lapang menjadi hutan tiada hasilnya.

Tahukah anda, tanah yang terbiar itu mampu memberi manfaat yang jauh lebih bagi pemilik di luar sana. Tanah bukan sahaja untuk bercucuk tanam baru dikatakan berbakti kepada tanah. Tetapi ia mampu memberi pulangan yang besar dan tidak perlu membanting tulang sendiri untuk mendapatkan hasil. Apa caranya? Jom Cik Seri kongsikan dengan anda di luar sana.

Semua orang mengangankan rumah impian masing-masing. Tapi tidak semua orang mampu memilikinya. Maklumlah harga rumah sekarang bukannya murah. Mereka yang bertanah juga masih tidak mampu untuk membina rumah idaman sebab tidak cukup wang simpanan. Sesetengahnya pula tidak tahu macam mana hendak memanfaatkan tanah mereka kerana modal tidak ada. Akhirnya terbiarlah tanah bernilai itu.

Kali ini segmen CIK SERI DATANG BERTANDANG membawa anda untuk mengenali Kenting Development Sdn Bhd, sebuah syarikat yang bersedia merealisasikan impian anda. Pihak Kenting Development ini akan memastikan semua tanah milik anda tidak lagi terabai.

Melalui projek usahasama Kenting Development dan juga pemilik tanah, anda bukan saja memiliki rumah idaman bahkan mampu menjana pendapatan di atas tanah milik anda yang telah dimajukan oleh pihak Kenting Development ini.  Banyak kelebihan disebalik anda memajukan tanah yang terabai ini dengan pihak yang tepat.

Ramai pemilik tanah di luar sana masih ragu-ragu untuk bekerjasama dengan pemaju di luar sana. Ramai yang terkena bila dah bagi tanah untuk majukan, hanya separeuh jalan sahaja dan tidak bertanggungjawab. Tetapi Kenting Development jauh sekali melakukan perkara sebegini kepada pemilik tanah. Rata-rata pemilik tanah yang sudah berkerjasama dengan Kenting Development ini amat berpuas hati dengan masa yang dijanjikan dan juga tawaran hebat untuk pemilik tanah.

Jika ingin tahu lanjut mengenai projek usahasama Kenting Development dengan pemilik tanah ini anda boleh layari www.kentingdevelopment.com.my atau hubungi (whattapps) ditalian 012-2392900.

Tonton video ini untuk melihat kejayaan pemilik tanah yang telah berjaya memajukan tanah milik mereka bersama Kenting Development Sdn. Bhd.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *