PETUA HILANGKAN HABUK DALAM RUMAH

Rasanya baru saja lap meja dan set perabot dalam rumah bukan. Tapi mana datang habuk tak habis-habis ni? Pasti ada dikalangan anda berasa stres dan pening untuk membersihkan debu habuk yang melekat pada permukaan perabot seperti kabinet televisyen, meja, sofa, celah-celah langsir dan sebagainya.

Rasa pelik bukan? Bila dan bersih satu rumah tapi habuk degil masih ada. Walaupun pelik, perkara tersebut sememangnya benar dan berlaku. Jadi tidak hairan lah kalau ada yang berasa stres ketika mahu mencuci debu habuk yang ada di dalam rumah.

Tidak perlu risau Cik Seri nak kongsikan satu petua yang di kongsikan  menerusi akaun Instagram milik Jason Jezi, ada berkongsi tip dan petua mudah untuk membersihkan debu habuk di dalam rumah anda dengan menggunakan beberapa campuran cecair pencuci.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah;

  • 1 Sudu Olive Oil
  • 2 Sudu Sabun Pencuci Cecair
  • 2 Sudu Cuka
  • 1 Cawan Air
  • 3-4 Titisan Essential Oil

Akhir sekali, campurkan kesemua bahan tersebut dan tuangkan ke dalam botol penyembur kemudian goncangkan selama beberapa saat.

Selepas itu, campuran cecair tersebut sudah boleh untuk diguna pakai bagi kerja-kerja mencuci debu habuk yang ada di dalam rumah anda. Mudah kan? Selamat mencuba!

Sumber: Instagram Jason Jezi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *