TAT BADAM SERI SALJI

Raya makin menghampiri, persediaan pastinya semakin rancak. Biskut raya hasil air tangan sendiri WAJIB ada barulah meriah suasana hari raya. Jimat tau kalau buat sendiri. JOM! cuba biskut raya daripada Chef Anuar Deraman, pasti ramai yang tertanya bila dan cuba biskut ini nanti.

BAHAN-BAHAN

Mentega 250 g

Gula kastor

Perasa vanila 220 g ½ camca teh

Telur 4 biji

Tepung  50 g 

Serbuk badam 250 g

Kepingan badam 100 g 

Doh pastri 400 g

Serbuk salji (snow powder) 50 g

 

CARA MEMBUATNYA

  1. Putar mentega, gula dan perasa vanila sehingga kembang.
  1. Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  1. Gaul tepung bersama serbuk badam dan masukkan ke dalam adunan mentega. Kacau rata.
  2. Bentukkan doh pastri di dalam acuan tat.
  3. Masukkan adunan badam ke dalam beg paiping dan picit ke dalam acuan sehingga penuh.
  4. Atur kepingan badam di atas tat.
  5. Bakar tat sehingga masak pada suhu 180 C lebih kurang 20 hingga 30 minit.
  6. Biarkan tat sejuk terlebih dahulu.
  7. Tabur serbuk salji (snow powder) ke atas tat secukupnya.

 

Selamat Mencuba 💕

Ikhlas daripada

Cik Seri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *