‘SHORT GATEWAY’ DI SEREMBAN YANG RAMAI TAK TAHU

Pengembaraan ke Negeri Sembilan bukanlah satu destinasi yang jauh bagi penduduk dari Kuala Lumpur, Nilai dan Melaka. Tetapi ramai yang tidak tahu ada tempat penginapan yang menarik untuk anda dan keluarga anda ke short gateway. Nak tahu tentang lokasi pilihan kali ini? Baca artikel ini sampai habis, banyak yang Cik Seri nak kosingkan dengan anda.

Bila sebut sahaja Seremban pasti terlitas dengan reka bentuk rumah Minangkabau dan adat pepatih yang cukup unik di Negeri Sembilan. Tidak dilupakankan juga hidang masakan ‘nogori’ iaitu masak lemak cili padi. Daging salai masak lemak cili padi di sini memang terbaik buat siapa yang mengidam hidangan masak lemak, wajib singgah ke Seremban.

Kembara kali ini, ingin membawa anda menginap di Royale Chulan Seremban. Jom lihat apa yang menarik di sini. Cik Seri pasti ramai di luar sana tidak tahu ada banyak aktiviti menarik yang boleh anda dan keluarga habiskan masa hujung minggu anda di sini.

Jika anda ingin tahu, hotel yang tersergam megah di atas lerengan bukit Jalan AS Dawood adalah salah satu rangkaian hotel di antara enam rangkaian hotel-hotel lain di bawah naungan syarikat yang yang sama. Antara rangkaian yang lain ialah Royale Chulan Kuala Lumpur, Royale Chulan The Curve, Royale Chulan Damansara, Royale Chulan Cherating Chalet & Villa, Royale Chulan Penang dan Royale Chulan Hyde Park London.

Antara yang menarik lagi mengenai Royale Chulan Seremban ini, ia terletak di tengah-tengah bandar dan berdepan dengan Taman Tasik Seremban, jarak Hotel ini adalah lebih kurang 25 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan lebih kurang 1 jam perjalanan dari ibu kota Kuala Lumpur. Bandar Cyberjaya dan Putrajaya pula terletak lebih kurang 45 minit daripada Hotel ini. Lokasi Hotel yang bukan sahaja strategik, ia juga berdekatan dengan Port Dickson dan bandaraya bersejarah Melaka. Susur keluar melalui beberapa lebuhraya yang berdekatan dengan Hotel memudahkan pelanggan-pelanggan untuk datang menginap di Hotel and melawat tempat-tempat yang menarik berdekatan.

Antara tempat-tempat yang menarik berdekatan adalah seperti Galeri Tunku Jaafar, Seri Menanti Royal Muzium, Pantai Port Dickson, Nilai 3, Wet World Seremban International Golf Club & Staffield Golf Course. Wet World Pedas Hot Springs, Mzium Negeri, Cultural Handicraft Complex, Taman Rimba, dan pelbagai lokasi air terjun berdekatan seperti Lata Berembun, Air Terjun Bunian, Lenggeng Forest Reserve dan Jeram Toi Recreation Forest.

Sempena Hari Kemerdekaan bulan ini, Hotel Royale Chulan Seremban menawarkan pakej percutian‘Staycation’ harga serendah RM540.

Pakej ‘staycation’ ini  menawarkan penginapan 3 hari-2 malam di bilik Deluxe untuk dua orang dewasa termasuk bufet sarapan di Restoran  Asiatique. Mereka juga akan diberi RM100 baucar makanan yang boleh diguna di Restoran Han Pi Yuen atau Asiatique,

“Dengan pakej istimewa ini, kami menjangkakan sambutan baik daripada orang ramai memandangkan pakej ini menawarkan nilai yang tinggi,” jelas Rahman Ahmad, Pengurus Besar Royale Chulan Seremban.

Pakej ini sah dari 5hb Ogos hingga 20hb September dan tempahan bermula  4hb sehingga 28hb Ogos. Tunggu apa lagi? MERDEKA di Seremban tahun ini dengan tersayang pasti lebih tenang dan meriah.

Selangkah sahaja ke dalam ruang lobi hotel ini sudah ada jamuan mata dengan menampilkan siling tinggi serta tiang besar cukup klasik, seni bina dengan reka bentuk ini cukup mencuri perhatian. Royale Chulan Seremban cukup berdedikasi untuk memberikan keselesaan mewah kepada tetamu mereka.

Bilik-bilik tetamu yang tersedia ada seperti Bilik Superior, Bilik Deluxe, Bilik Executive, Executive Suite, Alcove Suite, Duplex Suite dan Grand Duplex Suite dengan jumlah keseluruhan 345 bilik. Salah satu kelebihan unik pada setiap bilik-bilik tetamu ialah keluasan bilik; di mana keluasan bilik tidur bermula 104 meter persegi dan ke atas. Tambahan lagi, setiap bilik mandi sungguh luas di mana setiap bilik mandi yang tersedia ada adalah berasingan dengan tub mandi. Setiap bilik-bilik tetamu menyediakan kemudahan perkhidmatan bilik tempahan makanan 24 jam; Wi-Fi percuma, fasiliti kemudahan membuat kopi dan teh; seterika dan papan seterika; alat pengering rambut dan lapan belas (18) rangkaian televisyen. Bagi tetamu-tetamu yang menginap di Hotel ini, ruang meletak kenderaan di perkarangan Hotel adalah percuma.

Tetamu-tetamu Hotel ditawarkan pelbagai kemudahan lain di persekitaran Hotel seperti kolam renang, restoran, gimnasium, Lounge Kelab (di aras 10), bilik-bilik majlis (jumlah keseluruhan sebanyak 16 bilik) dan sebuah “Grand Ballroom” yang di namakan Seri Singgahsana Ballroom di mana secara kasarnya boleh memuatkan kapasiti yang besar sehingga 1600 orang tetamu (duduk) dan 3200 tetamu (berdiri) untuk satu majlis.

Restoran Asiatique yang terletak di aras lobi mampu menampung empat ratus (400) tetamu-tetamu setiap hari dan dibuka seawal 6.30 pagi ke 10.30 malam, di mana ia menawarkan pelbagai hidangan tradisional dan ala Barat secara a la carte dan buffet. Royale Chulan Burger dan Nasi Goreng Bonda adalah antara menu yang istimewa diperkenalkan oleh Chef Suresh.

Restoran Han Pi Yuen, restoran yang khusus dalam masakan Cina dibuka setiap hari kecuali hari Isnin di mana ia menyediakan pelbagai hidangan a la carte untuk hidangan tengahari dan malam. Dengan kapasiti maksima sehingga 250 orang tetamu, hindangan yang menarik disaji di sini ialah seperti Chicken Chop with Mango Sauce, Roasted Duck with Garlic; Lamb with BBQ Sauce; Signature Homemade Beancurd; Tiger Prawns Nyonya Curry; Claypot Chicken with Salted Fish & Beancurd; Prawns with Butter Egg Floss dan banyak lagi.

Pasti ramai ramai yang tertanya-tanya bagaimana untuk membuat tempahan bilik di Royale Chulan Seremban dengan promosi ‘staycation’ kali ini. Mudah sahaja, untuk tempahan, boleh emel booking.rcs@royalechulan.com  atau di talian 06-7666 6666 sambungan 6661 atau 016-920 9934.

Baca artikel seterusnya : MASAK LEMAK TEMPOYAK IKAN PATIN ORI

 

One thought on “‘SHORT GATEWAY’ DI SEREMBAN YANG RAMAI TAK TAHU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *