UISHHHH….kalau sebut sahaja masak lemak tempoyak ikan patin ni mesti dikaitkan dengan negeri Pahang Darul Makmur. Siapa yang tak gemar dengan ikan sungai kalau dan terkena sekali masakan ni pasti tercari-cari. Jom cuba resepi mudah masak lemak tempoyak ikan pantin cara Cik Seri.
Bahan-bahan:
Cili
Kunyit
Daun kesum
Tempoyak
Ikan (memang wajib ada)
Cara masak:
Tumbuk cili dan kunyit mengikut tahap kepedasan yang disukai.
Kemudian masukkan daun kesum dan tempoyak mengikut kepekatan yang diingini. (boleh letak timun tua jika suka)
Masukkan cili dan kunyit yang sudah ditumbuk lumat.
Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Perasakan secukup rasa dengan garam dan gula.
Akhir sekali, masukkan ikan yang bersesuaian.
Selamat mencuba…
I have to thank you for the efforts youve put in writing this blog. Im hoping to check out the same high-grade blog posts by you later on as well. In fact, your creative writing abilities has encouraged me to get my own website now 😉