LORONG BELAKANG RUMAH JADI KEBUN SAYUR

Lorong belakang rumah selalunya akan dibiar tanpa kegunaan, malahan lebih teruk apabila di biar kotor dan semak dengan barang serta perkakas yang boleh membiak nyamuk jentik-jentik dan sebagainya. Tetapi kediaman di Taman Perwira lorong belakang rumah mereka memang terbaik. Pasti ramai yang dah pernah dengar dengan Garden 8 bukan?

Ya, kali ini Cik Seri tertarik nak berkongsi tentang lorong belakang rumah mereka ini yang terhasil seperti mini kebun yang cukup menarik. Pelbagai pokok sayuran dipenuhi dibelakang kediaman mereka untuk kebun komuniti ini. Orang kata jimat dah tak perlu lagi beli sayur-sayuran boleh petik sahaja dibelakang rumah.

Garden 8 ini memberi satu idea yang terbaik kepada penduduk yang lain untuk mencetuskan gaya hidup lestari dan manfaatkan lorong belakang rumah. Maka, pemilik rumah yang tidah ada tanah juga mampu menghasilkan tanaman di lorong belakang rumah mereka.

Lebih menarik Garden 8 itu juga mempraktikkan gaya hidup hijau dengan menggunakan sistem pengumpulan air hujan (SPAH), mengitar semula sisa makanan rumah dan kebun untuk dijadikan baja kompos serta mengitar semula 3R (plastik, tin dan kertas).

Mereka juga menggunakan tenaga solar untuk lampu yang dipasang di kebun taman itu bagi menerangi kawasan berkenaan pada sebelah malam. Kini, Garden 8 itu bukan sahaja tempat mereka lapan keluarga mengukuhkan ukhuwah sesama jiran tetangga, malah menjadi tempat mengeluarkan peluh dengan aktiviti berkebun pada waktu lapang.

Kebun taman ini juga memberi manfaat kepada penduduk apabila tanaman sayur-sayuran seperti petola, timun, tomato, asparagus, bendi, ulam raja, serai, bunga kantan, kacang panjang, terung, kobis, cili dan banyak lagi apabila mula berbuah.

Garden 8 juga telah menenangi Anugerah Kejiranan Hijau 2021 (Kategori Individu) sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia anjuran Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLAN Malaysia).

Harapan Cik Seri semoga Garden 8 ini dapat memberi inspirasi pada sesiapa sahaja untuk membangunkan kebun kejiranan di kawasan rumah mereka. Apa kata jom kita bersatu hati membersihkan dan mencantikkan lorong belakang rumah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *