CUTI DI TEMPLE TREE LANGKAWI PASTI TINGGALKAN KESERONOKAN

Temple Tree Resort Langkawi: Sebuah Destinasi Percutian yang Menawarkan Keseronokan dan Keindahan Budaya!

Jika anda mencari percutian pulau yang seimbang antara keseronokan  dan pengalaman warisan asli, tidak perlu mencari lebih jauh kerana Temple Tree Resort Langkawi ada semuanya!

Sebuah destinasi yang wajib dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat, Temple Tree Resort Langkawi menawarkan sejarah, warisan, alam semula jadi, dan getaran pulau yang dijadikan satu pakej mewah untuk percutian di sini.

 

Terletak di dalam ladang kelapa tua yang berusia seratus tahun dan dikelilingi oleh kehijauan yang subur, resort ini memiliki 21 bilik dan suite, yang setiap satu memiliki karakter unik, terletak dalam lapan rumah warisan Malaysia yang dijaga dengan penuh rapi.

Walaupun memiliki fasad bersejarah, Temple Tree Resort dilengkapi dengan kemudahan moden untuk penginapan yang bergaya dan selesa, sesuai untuk percutian pasangan romantis, bercuti bersama keluarga kecil mahupun besar.

Menariknya lagi, penginapan di sini menghidangkan keunikan setiap budaya.

Merangkumi lapan buah biji rumah – Straits, Johor, Colonial, Estate, Plantation, Penang, Ipoh dan Negeri Sembilan – yang masing-masing berusia diantara 80 hingga 100 tahun,

Temple Tree Resort Langkawi menyambut pasangan, keluarga, dan kumpulan rakan dari pelbagai saiz dengan penginapan yang mempunyai pelbagai susunan.

 

Sebagai contoh, Rumah Straits adalah pilihan yang ideal bagi sebuah keluarga atau kumpulan yang memiliki 8 orang. Rumah ini memiliki empat bilik tidur, setiap satu dilengkapi dengan bilik mandi en-suite bersama ruang tamu, beranda luas dengan meja makan, kolam renang peribadi, dan taman-taman hijau di sekitar rumah. Rumah Negeri Sembilan pula menjadi penginapan sempurna untuk keluarga berempat. Berasal daripada sebuah rumah keluarga di Mantin, rumah setingkat tinggi ini kini menjadi sebuah suite mewah dengan dua bilik tidur dan beranda hadapan yang luas.

Rumah Colonial adalah pilihan yang sempurna untuk penginapan keluarga pelbagai generasi kerana ianya tersedia dengan pelbagai format bilik. Dibina oleh tukang emas Arab pada tahun 1920-an, Rumah Colonial adalah sebuah rumah besar yang mempunyai gabungan gaya Timur dan Barat dengan lantai jubin Peranakan serta birai hias dengan ciri Eropah yang rumit.

 

Manakala, Rumah Estate pula menjadi sebuah rumah yang selesa untuk para pelancong solo atau pasangan yang inginkan ketenangan. Bangunan satu tingkat panjang ini, lazimnya terdapat dalam penginapan ladang perkebunan pada awal dan pertengahan abad ke-20 dengan lantai terracotta, dinding putih, dan balok-balok kayu yang tebal, menampilkan beberapa suite yang dilengkapi dengan tab mandi peribadi dan taman kecil sendiri, sesuai untuk jamuan teh bersama secara intim atau koktail di petang hari.

Temple Tree resort juga mempunyai dua kolam renang renang, salah satu terletak dibahagian taman manakala satu lagi di Rumah Straits. Resort ini juga menyediakan perkhidmatan Spa Temple Tree yang menyediakan urutan fusion asia, urutan melayu tradisional, urutan kaki atau urutan belakang dan bahu bagi para pelancong yang inginkan ketenangan.

Oleh itu, anda tidak perlu bersusah payah mencari tempat percutian lain lagi kerana Temple Tree Resort Langkawi ada segalanya bagi anda yang mencari ketenangan dari hiruk-pikuk bandar. Terletak di pulau Langkawi yang bersejarah, di sini anda boleh juga menjelajahi
beberapa pantai berpasir terbaik di Malaysia, melawat hutan yang memukau, gua-gua, air terjun, dan paya bakau yang menakjubkan, dan mendengar kisah-kisah mengenai legenda tempatan.

Tambahan pula, resort ini terletak di lokasi yang cukup strategik – hanya 10 minit memandu ke Pantai Cenang untuk menikmati pantai yang indah dan 10 minit berjalan kaki ke Kampung Nelayan untuk berinteraksi dengan penduduk tempatan. Khas buat para pembaca Anjung Seri, anda kini berpeluang untuk memenangi percutian istimewa di Temple Tree Resort Langkawi! Jadikan percutiaan anda lebih bermakna dengan pengalaman yang indah di destinasi yang penuh dengan sejarah warisan dan alam semula jadi.

Jom cuci mata tengok keindahan yang ada di Temple Tree Resort Langkawi ini.

Memang best kan Temple Tree Resort Langkawi ni. Hari ni Cik Seri nak berkongsi nikmatnya menginap di resort yang penuh dengan ciri kebudayaan yang asli ini. Siapa yang nak  rasa menginap di Temple Tree Resort Langkawi  ini boleh ikut cara penyertaan di bawah 👇👇😍

 

Cara Penyertaan:
1. Ikuti akaun Instagram Anjung Seri dan @templetree_langkawi
2. Like dan tag 2 rakan anda di bawah pos ini di official Anjung Seri platform
3. Kongsikan di bahagian komen 1 tempat kesukaan anda di Langkawi dan mengapa
anda inginkan percutian di Temple Tree Resort seperti berikut ; Saya ingin bercuti di
Temple Tree Resort Langkawi kerana [sebab mengapa anda mahu pergi ke sana]
#TempleTreeGetaway #ExperienceTempleTree #TempleTreeLangkawi
#MalaysianHeritageHouses
4. Kongsi pos ini di IG Story anda dengan tag @anjungseri dan @templetree_langkawi
(tetapan mestilah awam)

Terma dan Syarat Giveaway:
1. Pemenang akan dipilih secara rawak dan dihubungi melalui media sosial.
2. Pastikan privasi pos anda ditetapkan kepada awam, jika tidak, kami tidak dapat melihatnya!
3. Tiada pos pengumuman pemenang akan dibuat kerana pemenang akan dihubungi secara peribadi melalui Instagram pada akhir Oktober.
4. Giveaway ini akan berakhir pada 16 Oktober, 12 tengahari.
5. Hadiah tidak boleh dipindah milik, dan penggantian atau gantian tunai tidak dibenarkan.

Hadiah yang menarik untuk dimenangi:

1. Tempat Pertama: 1 x Penginapan 3H/2M malam di Temple Tree Resort Langkawi termasuk sarapan pagi, untuk dua orang

2. Tempat Kedua: 1 x Penginapan 2H/1M malam di Temple Tree Resort Langkawi termasuk sarapan pagi, untuk dua orang

 

Untuk keterangan lanjut atau tempahan boleh lawati, www.templetree.com.my, hubungi atau

WhatsApp di talian +6017 599 5935 atau emel kepada enquiries@templetree.com.my.

 

Artikel seterusnya: ‘SHORT GATEWAY’ DI SEREMBAN YANG RAMAI TAK TAHU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *