RUMAH 3 TINGKAT ATAS TAPAK GARAJ

Hari ni Cik Seri nak ajak “bertandang” ke sebuah “banglo” mewah ilham seorang pereka wanita terkemuka, Marta Nowicka. Asalnya ia adalah sebuah garaj di atas sebidang tanah seluas hanya 45 meter persegi, tapi telah diubah suai menjadi rumah tiga tingkat berkeluasan lantai kira-kira 126 meter persegi dengan reka bentuk dalaman mengagumkan. Menariknya, Nowicka membeli lot tanah garaj itu secara atas talian tanpa melihat keadaan sebenar binaan.

Terletak di timur London, jiran sekeliling pada mulanya memandang serong usaha Nowicka sehingga menganggapnya satu kerja gila untuk mendirikan rumah mewah di tanah sekangkang kera itu. Namun setelah melihat hasilnya, mereka terkejut dengan kemewahan gaya yang dipaparkan.

Ruang makan dan dapur terletak di tingkat bawah tanah manakala ruang tamu ditempatkan di tingkat satu dan bilik tidur utama di tingkat dua.

 

Kongsikan dengan Cik Seri tentang dekor rumah anda, tip menghias mahupun petua lama di anjungserimag@gmail.com

One thought on “RUMAH 3 TINGKAT ATAS TAPAK GARAJ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *