MOCCIS KOPERASI MELAYU TERTUA DI MALAYSIA

Baru-baru ini MOCCIS mengadakan satu majlis untuk meraikan ulang tahun ke 88 tahun dan juga previu sajian bufet ramadhan dengan tema ‘” Nostalgia Warisan Kampung”.  Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (MOCCIS) atau dahulunya dikenali sebagai Malay Officers Cooperative Credit And Investment Society telah ditubuhkan pada 4 Julai 1934 merupakan koperasi Bumiputera terbesar di Malaysia yang menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan koperasi sebagai sektor ketiga menyumbang kearah pembangunan ekonomi negara.

MOCCIS sehingga hari ini mempunyai lebih 17,000 ahli koperasi dan masih membuka peluang kepada ahli-ahli baru yang lebih muda dan dan bersemangat waja untuk meneruskan dan mengembangkan lagi koperasi ini.

Dalam majlis yang penuh bermakna ini, Pengerusi Anggota Lembaga Koperasi MOCCIS Berhad, Dato’ Ahmad Sobri Bin Wan Teh juga meraikan anak-anak istimewa yang ditaja sepenuhnya oleh MOCCIS Berhad untuk mengerjakan umrah. 3 orang anak istimewa dari Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Titiwangsa telah menerima perbelanjaan penuh Pakej Umrah sempena bulan Ramadhan kali ini dengan nilai RM 3o,000.

Kegembiraan ini dikongsikan bersama dengan sebaiknya sempena Koperasi MOCCIS Berhad 88 tahun agar terus unggul dan teguh.

Di bawah naugan MOCCIS Berhad terdapat anak-anak syarikat dengan fungsi dan peranan yang tersendir;
1. MOCCIS Berhad

2. Ladang MOCCIS Sdn Bhd

3. MOCCIS Nominiess Sdn Bhd

4. MOCCIS Inn Sdn Bhd

5. MOCCIS Holding Sdn Bhd

6. MOCCIS Properties Sdn Bhd

7. De Moccis Boutique Hotel Sdn Bhd

8. De Moccis Lake Resort Sdn Bhd

9. Arrahnu Moccis

Perihal yang terbaik mengenai MOCCIS dan anak syarikat Ladang MOCCIS Sdn.Bhd turut aktif dalam sumbangan komuniti dan masyarakat melalui pelbagai program-program keusahawanan dan koperasi, serta penyumbang zakat terbesar tahunan RM 500,000 kepada Kerajaan Negeri Perak.

Dalam majlis kali ini cukup menarik kerana semua yang hadir dapat menikmati juadah dan hidangan yang bakal menjadi menu terbaik di De Moccis Boutique Hotel Ramadhan ini. Sajian bufet Ramadhan yang bertemakan “Nostalgia Warisan Kampung” ini menyajikan 50 juadah istimewa dengan pelbagai lauk-pauk, kuih-muih, manisan dan minuman.

Jadi siapa yang tiada kampung mahupun tak sempat nak balik kampung Ramadhan ini, boleh la buka puasa di De Moccis Boutique Hotel dengan harga yang cukup berbaloi. Dewasa RM88 bersih, warga emas dan kanak-kanak RM68 bersih.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Jawatankuasa Promosi & Pemasaran MOCCIS Inn Sdn Bhd, Puan Amera Sabrena Binti Ahmad Sobri di talian 017-3595554.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *