‘STEP UP IN STYLE’, LARRIE MEMPERKENALKAN KOLEKSI WANITA +2CM UNTUK TAMPAK LEBIH TINGGI DAN BERGAYA!

Buat para wanita yang mempunyai paras ketinggian yang rendah dan sering menghadapi masalah untuk memiliki kasut tumit yang rasa selesa, ini mungkin khabar gembira buat anda!

Larrie, jenama kasut terkemuka yang dikenali kerana komitmennya untuk menggabungkan keselesaan dengan gaya, dengan bangganya mengumumkan pelancaran inovasi terbarunya, koleksi wanita Larrie yang menampilkan penambahan ketinggian +2cm dengan 7 warna iaitu putih, hitam, ungu, hijau, khaki, kelabu dan marun.

Fungsi kasut ini diserlahkan dari segi penambahan ketinggian 2cm. Koleksi +2cm Larrie menampilkan bahan fabrik yang memudahkan udara masuk, sokongan bantal yang melengkung untuk tumit, tapak getah, tumit tersembunyi yang ditambah 2cm untuk ketinggian tambahan, reka bentuk yang selesa dipakai dan tapak luar yang ringan serta tidak mudah licin.

Dengan lapik dalam antibakteria yang mengandungi 3 titik pemantulan yang mengurangkan kesan lonjakan serta permukaan yang lembut dan fleksibel ia adalah pilihan yang sesuai untuk aktiviti kasual dan bersukan.

“Kami berharap koleksi +2cm akan memudahkan wanita di luar sana yang ingin kelihatan lebih tinggi untuk pelbagai tujuan sambil menjaga kesihatan kaki mereka. +2cm sangat selesa dipakai walaupun ditambah dengan ketinggian tambahan dan Larrie terus menawarkan harga yang berpatutan untuk koleksi ini. ” kata Lenson Chong, Pengarah Pemasaran LARRIE Corporation (M) Sdn Bhd.

Koleksi baru ini boleh didapati di semua pasaraya utama di seluruh negara seperti di Aeon, Parkson, Isetan KLCC dan butik Larrie termasuk di Alamanda, Putrajaya. Anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis kasut Larrie di lokasi yang dinyatakan. Harganya adalah RM169.00. 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan tips fesyen terkini, layari laman sesawang www.larrieshoes.com dan sosial media rasmi LARRIE Malaysia. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *