BANGSAR HEIGHTS PAVILION(BHP) JALIN KERJASAMA DENGAN HYATT HOTELS CORPORATION, BAKAL KENDALIKAN HYATT PLACE PUSAT BANDAR JOHOR BAHRU(JBCC) DI QUAYSIDE

Pemaju terkemuka, Bangsar Heights Pavilion (BHP) mengumumkan kerjasama penting dengan sekutunya yang juga salah satu peneraju jenama hospitaliti global, Hyatt Hotels Corporation, bagi menguruskan setrta mengendalikan Hyatt Place Johor Bahru City Centre dengan 200 bilik penginapan yang terletak di Quayside JBCC, iaitu destinasi gaya hidup, membeli-belah dan hiburan baharu di tengah-tengah Johor Bahru.

Kerjasama penting untuk kedua-dua pihak itu bakal menawarkan perkhidmatan terpilih terkenal Hyatt Place yang disesuaikan untuk mereka yang bekerja ketika mengembara atau melancong bersama keluarga ke Quayside JBCC, sekali gus mengukuhkan kedudukan BHP sebagai peneraju dalam projek pembangunan inovatif.

Quayside JBCC ialah pembangunan bercampur berstatus pegangan bebas yang terdiri daripada komponen membeli-belah, hotel, suite perkhidmatan, dan santapan mewah sky bar dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM600 juta. Terletak di tengah-tengah bandar bersejarah Johor Bahru, pembangunan ini berada tidak jauh dari Pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin Johor Bahru.

Berpusat di lokasi utama Pusat Bandar Johor Bahru (JBCC), ia membabitkan pembangunan dengan sejumlah 482 suite perkhidmatan yang diuruskan oleh pengendali berjenama berprestij, 24 unit ruang runcit komersial, suite hotel 200 bilik dan sky bar atas bumbung dan restoran mewah. Sebanyak 292 tempat letak kereta disediakan untuk tetamu dan pelawat, sekali gus melengkapkan kawasan sekitar kepada kemudahan ruang parkir tambahan bagi pengunjung mewahnya.

Aaron Yap, Ketua Pegawai Eksekutif BHP berkata, “Kami percaya perkongsian ini akan menambah nilai kepada pemegang taruh kedua-dua syarikat; tempatan dan antarabangsa. Hyatt Place ialah jenama yang diiktiraf di peringkat global yang terkenal dengan kemudahan moden, layanan mesra dan komitmen terhadap kepuasan tetamu, sejajar dengan komitmen kami untuk menyediakan pengalaman tanpa kerumitan kepada pelanggan dan penduduk kami. Kami percaya kepakaran mereka akan memainkan peranan penting dalam meletakkan Quayside JBCC sebagai destinasi utama di Johor Bahru.”

David Udell, Presiden Kumpulan Hyatt bagi Asia Pasifik berkata, “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan BHP untuk memperkenalkan Hyatt Place Johor Bahru City Centre di Malaysia. Kami berbesar hati dengan legasi BHP yang memiliki pengalaman lebih 30 tahun dalam pembangunan hartanah kediaman, komersial dan perindustrian di negara ini. Kami berbangga untuk menawarkan tetamu kami, destinasi seperti rumah sendiri yang ditakrif sebagai penginapan yang selesa ketika melancong. Kerjasama ini mencerminkan pertumbuhan menarik jenama Hyatt Place di Asia Tenggara, dan menggariskan kedudukan Hyatt sebagai jenama hospitaliti global terkemuka dalam penginapan kelas atasan untuk pelancong perniagaan dan percutian di seluruh dunia.”

Sejumlah 200 bilik tetamu yang luas di Hyatt Place Johor Bahru City Centre akan menawarkan kemudahan yang direka dengan teliti mengikut keperluan tetamu, dengan ruang khusus untuk bekerja, berehat dan bersantai, termasuk ciri seperti sofa tidur “Cozy Corner” yang selesa, meja besar, peti sejuk mini, dan banyak lagi.

Para tetamu boleh menikmati makanan mereka di “The Breakfast Bar” atau menjamu selera di dan minum di bar lobi dan restoran kasual, yang menawarkan menu menarik yang disusun dengan teliti dan kreatif. “The Market” di hotel berkenaan juga menawarkan pelbagai pilihan barangan grab-and-go yang tersedia 24/7.

Pengembara juga boleh memanfaatkan program jenama Necessities, yang menawarkan rangkaian luas barangan keperluan. Di samping itu, tetamu mempunyai ruang kerja yang mencukupi di dalam bilik tetamu, pusat perniagaan 24/7 atau ruang mesyuarat yang fleksibel, selain pilihan riadah di pusat kecergasan 24/7 dan kolam renang yang menarik.

Dengan kedudukannya yang strategik di daerah komersial yang berkembang pesat di Johor Bahru, Quayside JBCC bersedia untuk menjadi hab membeli-belah, menjamu selera, hiburan dan perniagaan. Pembangunan ini mempunyai ruang boleh pajak yang eksklusif, merangkumi pelbagai jenis lot runcit komersial, restoran, kafe dan kemudahan riadah. Dengan reka bentuk moden, lokasi yang selesa dan campuran penyewa yang disusun dengan teliti, Quayside JBCC bersedia untuk menarik penduduk tempatan dan pelancong yang mahu meneroka pengalaman yang unik dan menarik.

Mengulas lanjut, Aaron menjelaskan, Quayside JBCC akan menjadi lokasi untuk bekerja, menginap dan beriadah, malah bakal menjadi ekosistem baharu untuk pesat, berhubung dan berkembang maju. “Quayside JBCC direka untuk memberi penekanan kepada aspek yang kaya dengan warisan di kawasan sekitar dan menghidupkan semula legasi lampau dengan pengaruh moden. Ia menjangkaui sekadar bangunan; malah menjadi titik pertemuan menarik antara sejarah dan masa depan bagi penduduknya untuk masa kini dan masa depan,” tambahnya.

Bangsar Heights Pavilion ialah anak syarikat Bangsar Heights Group, yang mewarisi legasi pengalaman lebih 30 tahun dalam membangunkan hartanah kediaman, komersial dan perindustrian di seluruh Malaysia. Diasaskan oleh Datuk Seri Dr. Robert Lim, syarikat itu memiliki portfolio lebih 50 pembangunan yang telah siap dan dijual, dengan GDV bernilai lebih RM5 bilion.

Sementara itu, Hotel Hyatt Place pula menggabungkan gaya, inovasi dan kemudahan 24/7 untuk mewujudkan pengalaman yang mudah dinavigasi bagi pengembara yang memiliki pelbagai tugas hari ini. Para tetamu boleh menikmati bilik tamu yang direka dengan teliti, yang menampilkan zon berbeza untuk berehat, bekerja dan beriadah, selain ruang sosial bebas yang menawarkan peralihan lancar dari kerja kepada bersantai. Dengan lebih daripada 415 lokasi di seluruh dunia, hotel-hotel Hyatt Place menawarkan makanan yang disediakan sepanjang masa, perkhidmatan yang cekap dan pengalaman yang berbeza untuk ahli World of Hyatt.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *