PANASONIC MEMPERKENALKAN SETERIKA STIM HANDHELD TERBAHARU, HILANGKAN KEDUTAN PAKAIAN CUMA DALAM 30 SAAT!

Jenama barangan elektronik terkemuka, Panasonic Malaysia kini telah melancarkan seterika stim handheld terbaharu dengan menampilkan dua model variasi yang sangat cekap dan berteknologi tinggi, NI-GHF025WSK (menyeterika 2-hala + boleh lipat) dan NI-GHD015WSK (tidak boleh dilipat). 

Seterika stim handheld direka dengan teliti dengan fokus pada wap yang berkuasa, kebolehgunaan pintar dan reka bentuk minimalis ini mengetengahkan komitmen Panasonic terhadap inovasi dan memudahkan.

Direka untuk menjadi teman yang membantu dalam rutin harian bergaya pelanggan, seterika stim handheld baharu Panasonic sangat sesuai untuk mereka yang kerap mengembara, profesional yang sibuk,malah penggemar fesyen dan pelajar yang on-the-go. Seterika stim handheld memudahkan proses menghasilkan pakaian tanpa kedutan dengan mudah pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Ciri-ciri utama seterika stim handheld baharu adalah seperti berikut:

“Steam and Go” dengan Mudah

Pelanggan boleh mengucapkan selamat tinggal kepada seterika tradisional dan papan seterika yang besar kerana seterika stim handheld NI-GHF025WSK dan NI-GHD015WSK menyeterika pakaian anda secara mudah dengan tenaga yang minimum dan kemudahan maksimum.

Kedua-dua seterika stim handheld ini ringan dan kompak dengan model NI-GHF025WSK memiliki berat 600g dengan tempat simpanan air 120ml, sementara model NI-GHD015WSK pula hanya seberat 530g dengan tempat simpanan air 70ml.

NI-GHF025WSK ialah model boleh lipat yang menampilkan Titanium Soleplate, teknologi wap inovatif yang menawarkan langkah menyeterika 2 hala: stim dan kering. Bagi mereka yang memiliki pakaian sensitif yang tidak boleh diseterika, model NI-GHD015WSK adalah pilihan terbaik kerana ia didatangkan dengan panel Plastotype, di mana anda hanya boleh mengharapkan wap berkuasa berbanding tapak permukaan seterika yang terlalu panas yang boleh merosakkan pakaian anda.

Menyeterika dengan Pantas dan Lancar

Kedua-dua model ini menawarkan Rapid Start-Up yang membolehkan anda mula menyeterika pakaian dalam masa hanya 30 saat untuk model NI-GHF025WSK dan 20 saat untuk model NI-GHD015WSK, tempoh masa singkat ini bagus untuk anda yang tidak cukup masa. Kuasa wap 1300W sehingga 21g/min melicinkan kedutan dalam masa yang singkat.

Ciri unik yang terdapat dalam dua model iaitu NI-GHF025WSK dan NI-GHD015WSK merangkumi keupayaannya untuk menyeterika 99.99%* hama dan bakteria, sekali gus menjadikan seterika stim handheld Panasonic sebagai alat serba boleh dan sangat diperlukan. 

Selain itu, ia juga sesuai digunakan pada mainan lembut dan bantal, serta boleh menyegarkan pakaian yang disimpan lama di dalam almari pakaian atau pakaian yang biasa yang dipakai berulang kali seperti seluar jeans atau jaket.

Anda boleh menghapuskan bakteria di pelbagai permukaan fabrik  dan pakaian dengan selamat menggunakan kuasa wap lembut NI-GHF025WSK dan NI-GHD015WSK. Ia juga boleh memanjangkan jangka hayat mana-mana barangan berasaskan fabrik dengan mengurangkan haus dan lusuh akibat kerap mencuci.

Seterika stim handheld baharu boleh didapati di semua kedai rasmi dalam talian dan fizikal Panasonic serta pengedar rasmi. Harga jualan bagi model NI-GHF025WSK ialah RM299, manakala model NI-GHD015WSK pula berharga RM179.

Untuk maklumat lanjut mengenai seterika stim handheld Panasonic, sila layari https://www.panasonic.com/my/consumer/home-appliance/iron/garment-steamer.html.

 

@anjungseri Panasonic Malaysia, telah memperkenalkan seterika stim handheld terbaharu dengan menampilkan dua model variasi yang sangat cekap dan berteknologi tinggi. Sangat mudah untuk digunakan, dan mampu menghilangkan kedutan pakaian dalam masa 30 saat sahaja! #buletinanjungseri #panasonicmalaysia #panasonicsteamandgo #fyp #tiktokmalaysia #homeappliances ♬ A refreshing nostalgic pop house.(308494) – Kazuoki Fujita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *