WANITA INI KONGSIKAN TEKNIK RUMAH SEJUK TANPA PENGHAWA DINGIN

Musim panas kali ini ramai yang mengeluh, pasang kipas dua tiga biji pun masih berpeluh dan tak sejuk. Nak buka penghawa dingin lama-lama berputih mata pula nak bayar bil bila sampai hujung bulan. Harga barang sudah la… mahal nak selesa pun kena fikir dua tiga kali. Wanita yang dikenali sebagai Sapiah Mamat a.k.a Kak Piah di laman Facebook berkongsi cara mudah dan jimat untuk sejukkan rumah tanpa penghawa dingin menarik minat ramai untuk melakukan perkara yang sama di rumah masing-masing.

Kaedah untuk menyejukkan rumah dengan menggunakan aluminium foil. Menurutnya, kaedah itu jauh lebih jimat memandangkan aluminium foil boleh dibeli secara dalam talian dan lebih murah berbanding kos pemasangan aircond.

“Tip sejukkan rumah tanpa pasang aircond. Tak sia-sia beli aluminium bubble foil dekat Shopee. Segulung tu 40 meter tak sampai RM300 pun tapi boleh buat rumah jadi nyaman tak berbahang.

“Kawasan Kak Piah ni dekat laut, rumah pula jenis teres himpit-himpit, jadi tak ada banyak angin boleh masuk dalam rumah sebab tingkap tak banyak. Seawal 9 pagi dah rasa bahang. Kalau malam, tidur pasang dua kipas masih berpeluh.

“Tapi selepas pasang aluminium foil ni penuh satu rumah, tidur malam terasa gigil walaupun tak pasang aircond. Aluminium foil ni paling sesuai diletakkan dekat dalam siling,” ujarnya.

Selain dipasang dalam siling rumah, aluminium foil juga boleh dilekatkan pada bahagian bawah atap yang mana ia berfungsi untuk memantulkan haba, sekali gus menjadikan rumah lebih nyaman.

Bagi rumah yang ada Cik Ti (Tikus) halau dahalu perosak ni sebab kalau tidak bersarang pula di atas tu. Seronok berpesta nanti dekat atas Aluminium foil ni.

 

KLIK SINI UNTUK PEMBELIAN : aluminium bubble foil 

 

Ikuti Cik Seri di FB: https://www.facebook.com/anjungserimag/ dan juga Instagram https://www.instagram.com/anjungseri/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *