TAK PAYAH UPAH ORANG PASANG TINTED RUMAH, DIY SENDIRI MODAL TAK SAMPAI 300

Macam-macam cara buat untuk kurangkan haba panas dalam rumah, ada yang tukar langsir lebih tebal untuk lebih gelap agar sinar cahaya tidak dapat menembusi dalam rumah. Alih-alih lemas pula duduk dalam rumah yang gelap dan berkedap. Pemilik Facebook yang dikenali sebagai Zulfikri Zainol berkongsi cara memasang tinted pada tingkap agar kurang cahaya menembusi ke dalam rumah.

Mudah sahaja dan lebih jimat, tak perlu lagi upah orang untuk pasang tinted,  DIY sendiri sahaja modal pun tak besar.

Bagi anda yang berkira-kira mahu memasang tinted, ikuti panduan yang dikongsikan oleh Zulfikri Zainol:

1. Beli sticker tinted berukuran 5ft x 50ft daripada platform online. Murah saja, kos sekitar RM210. Jika mengupah orang, kos lebih kurang RM1,000. Boleh jimat sekitar RM800!

2. Sebelum memasang tinted, pastikan cermin sliding door atau cermin tingkap dicuci bersih. Pastikan tiada benda asing yang melekat pada cermin.

3. Sembur sabun tinted pada cermin. Lazimnya, sabun diberi bersama set tinted yang dibeli.

4. Ukur dan potong sticker tinted mengikut saiz cermin.

5. Buka lapisan nipis tinted, spray sabun tinted pada permukaan sticker yang mahu dilekatkan.

6. Lekatkan sticker pada cermin mengikut saiz yang sudah diukur.

7. Ratakan permukaan sticker yang dilekatkan pada cermin menggunakan scraper yang turut diberi bersama set tinted.

8. Potong lebihan kertas sticker tinted. Ulang proses yang sama pada bahagian yang ingin dipasangkan tinted.

Hasilnya, bahagian dalam rumah sudah tidak kelihatan dari luar kerana sliding door serta tingkap dilapisi sticker tinted, sebaliknya ia kelihatan seperti sebuah cermin besar.

JOM CUBA!

 

Ikuti Cik Seri di FB: https://www.facebook.com/anjungserimag/ dan juga Instagram https://www.instagram.com/anjungseri/

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *