ANAK DULU DAN SEKARANG BAGAI LANGIT DAN BUMI

Acap kali kita dengar dengan masalah anak-anak yang diluar jangkaan. Buli, melakukan kes-kes jenayah dan sebagainya. Masih muda dan di bawah tanggungan sudah bijak dan berakal panjang untuk melakukan perkara seperti ini. Punca apakah yang buatkan mereka semakin berani. Anak-anak dulu dan sekarang bagai langit dan bumi.

Sempat Cik Seri menemu ramah dengan Coach TikTok Wfsufina ini untuk meminta sedikit penjelasan dari punca masalah ini. Adakah kegagalan daripada ibu bapa yang tidak ada masa untuk melihat dan menjaga anak-anak yang semakin bebas atau anak-anak yang terlebih advance.

Kini, media sosial merupakan platform paling popular dalam kalangan masyarakat. Tidak kira usia tua atau muda, pastinya ada satu akaun media sosial seperti Facebook, Twitter atau TikTok.

Walau bagaimanapun, setiap apa yang tercipta di dunia ni ada pros and cons. Ada kalanya, media sosial dapat memberi manfaat kepada orang ramai melalui perkongsian ilmu, resipi atau tips-tips dan keburukan kepada orang ramai.

Terutamanya, bagi kanak-kanak. Banyak keburukan yang dapat mempengaruhi pemikiran kanak-kanak jika melihat pengisian-pengisian yang berbahaya dan memudaratkan mereka.

Ramai ibu bapa risau akan keselamatan anak-anak mereka jika mereka meniru aksi yang ditonton dan tidak dipantau dengan baik. Tapi bagaimana dan apakah tindakan yang boleh ibu diambil atau lakukan untuk memantau anak-anak daripada terjebak atau terjerumus dalam masalah sosial yang semakin hangat diperkatakan.

Ingat ye! masalah semuanya berpunca dari rumah. Kalau nak anak-anak sempurna cuba jadikan rumah anda satu tempat yang seronok untuk mereka dan buatkan mereka kurang menghabiskan masa dengan sosial media.

Ibu bapa juga boleh ikut tip dari Coach TikTok ini untuk memantau akaun sosial media anak-anak.

@wfsufina Teenagers vs ibubapa.. 🤣🤣 cuba share cara pendekatan anda . #TikTokGuru #JomBelajar #LearnOnTikTok #TahuKahAnda #bizmom #bisnesonline #yezzaaa ♬ original sound – Wfsufina | TikTok Teacher – Wfsufina | YourTikTokCoach

 

Dapat sesuatu? Cuba kalau sayang anak-anak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *