PAMERAN TOKYO AUTO SALON KL 2023 KINI DI MALAYSIA

Pameran TOKYO AUTO SALON KL 2023 bakal berlangsung pada 9 Jun hingga 11 Jun di MITEC. Kini, telah dilancarkan secara rasmi, dengan Penganjur acara Element X Strategies dan Muse Group Asia, bersama-sama pemilik harta intelek TAS San Ei Corporation, turut mengumumkan kemas kini mengenai rancangan itu semasa majlis pelancaran.

Pameran TOKYO AUTO SALON KL 2023, akan meliputi jumlah ruang lantai 130,000 kaki persegi dan dijangka menarik 150,000 pengunjung dari dalam Malaysia dan rantau ASEAN. Lebih daripada 50% ruang telah pun dipenuhi kereta yang hebat, dan pempamer telah pun disahkan untuk pameran itu termasuk Red Springs, yang akan mengatur pameran 4×4, Hot Wheels, EMMA Malaysia dan Soon Soon Garage.

Cukup menarik bukan? Jarang sekali pameran seperti ini berada di tanah air. Bagi peminat kereta unik dan prestasi tinggi ini pasti menjadi igauan, kerana sebelum ini ia hanya dipaparkan di dalam majalah permotoran sahaja. Kali ini ia bakal berada di depan mata anda.

Banyak aktiviti yang membuatkan peminat ataupun pengumpul kereta, pakar industri automotif, industri penyelenggaraan dan servis, peniaga produk automotif, teknologi, perkhidmatan dan penyelesaian berkaitan kereta dan motosikal serta institusi kewangan dapat melihat sendiri dan merasa teknologi yang dibawa masuk oleh Penganjur acara Element X Strategies dan Muse Group Asia.

Nak tahu apa yang menarik di Pameran TOKYO AUTO SALON KL pertama di Malaysia?

  • Peluang rakyat Malaysia menyaksikan keunikan kereta – kereta secara langsung yang dibawa khas dari Jepun.
  • Menyaksikan himpunan koleksi kereta pemilik dari Malaysia dan pempamer yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang menarik kepada para pengunjung.

Cepat dapatkan tiket anda untuk menyaksikan kehebatan kereta-kereta yang hebat untuk anda lihat dengan mata anda sendiri. Pemenang cabutan bertuah akan diumumkan sebelum pameran berakhir. Setiap pembelian dan penyertaan adalah tertakluk pada terma dan syarat.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di TOKYO AUTO SALON KL. Antara aktiviti yang boleh dilakukan –

  • ‘Meet & Greet’ bersama pempengaruh kereta
  • ‘Meet & Greet’ bersama ‘Japan Race Queen’
  • Simulator kereta lumba
  • Kehadiran Spoon Sport Japan
  • Persembahan pentas

Keunikan rekaan dan jenis kereta yang bakal menggegarkan Malaysia di Pameran ini seperti konsep kereta yang dibina dan dihasilkan daripada Jepun di acara ini seperti contoh Liberty Walk, Spoon, HKS, Greddy dan banyak lagi.

Pemilik dan peminat kereta yang turut serta di dalam acara ini juga tampil dalam memberikan kelainan dan kepuasan kepada para pengunjung terutamanya peminat automotif.

Mr Jason Yap, CEO of Element X Strategies Sdn Bhd. The co organiser of TOKYO AUTO SALON KL 2023

Menariknya lagi pameran ini akan memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai kehebatan kereta yang dibawa masuk. Pengunjung dapat menyaksikan secara langsung kehebatan kereta yang akan berada di acara ini dan jarang dilihat di mana – mana acara ditambah dengan keunikkan yang di bawa khas di acara ini oleh para pemilik kereta dan pempamer di dalam acara ini.

Jenama kereta yang akan dipamerkan dan bakal menjadi kegilaan ramai.

Antara kereta yang  akan menjadi perhatian dan yang ditunggu oleh orang ramai adalah seperti berikut (seperti dinyatakan di bawah). Tidak dilupakan pengumpul dan peminat kereta dari Malaysia yang turut menampilkan koleksi kereta mereka yang unik dan semestinya menjadi sesuatu yang dinantikan oleh para pengunjung.

  • NISSAN GTR TOP SECRET GOLD
  • SPOON HONDA NSX
  • HKS GR SUPRA AERO
  • HKS DRIVING PERFORMER GR86 TYPE-R
  • NISSAN FAIRLADY GREDDY STANCE RZ34
  • KUHL JAPAN & VRARVA MARS – TOYOTA RAV 4
  • SUBARU LEVORG KRUISE KR – VN5RR
  • SPHERE RACING OROCHI
  • ROHAN X BLOOM GOLD MUSTANG
  • TOYOTA 2000GT HOSOYA SHIHOMI GRAND PRIX
  • C7 CORVETTE FORTE WIDE BODY
  • RENAULT RAVAGE A110 BY CARS HATANO
  • JEEP WRANGLER
  • NISSAN SKYLINE ACTIVE FULL DRY CARBON-R

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *