SEBALIK TABIR COACH TIKTOK SEBELUM MENEMPAT NAMA

Mengenali peribadi Wan Fatin Sufina Binti Wan Ahmad, 49 tahun bukanlah sehari dua. Lebih dari 4 tahun saya mengenali Sufina. Beliau seorang wanita yang  cekal dan tidak boleh duduk diam pasti ada sahaja kerja yang dilakukannya. Hampir 20 tahun lebih dalam dunia pemasaran beliau tidak pernah mengalah jatuh dan bangun dengan apa yang dilakukannya.

Dunia digital ini pernah menjadi satu tanda tanya pada diri beliau kerana tidak pernah langsung tertarik atau ingin menyelami dunia alam maya ini. Pada satu masa lalu Sufina pernah memiliki sebuah butik di Shah Alam, sekitar tahun 2014. Perniagaannya waktu itu cukup rancak, sehinggalah satu pelanggannya bertanyakan tentang Instagram butiknya, pelanggan itu ingin tag untuk memberi review selepas membeli baju di butiknya. Sufina membalas dengan tenang ” Instagram tu apa ye?”. Dari situlah bermulanya ia mula ingin mengenali media sosial.  Anak dan adiknya yang menetap di Dubai banyak membantunya dalam mengendalikan akaun di media sosial dalam perniagaan mahupun peribadi.

Rupanya semudah 1,2 dan 3 bila mula mengenali dan mendalami dunia digital ini 😀. Seronok bila mula tahu akan fungsi Instagram, Facebook, Youtube dan yang terkini menjadi kegilaan ramai ialah TikTok. Tidak dinafikan asyik bila melayan media sosial ni. Ada kebaikkan dan keburukkan, pengguna haruslah bijak jika aktif di media sosial.

Siapa sangka kisah dua tahun berkurung di dalam rumah akibat pendemik Covid ini membawa hikmah kepada Sufina. “Macam-macam produk sales and marketing yang dah buat tapi tak menjadi, semuanya biasa-biasa sahaja. Tak sangka dengan berkongsi tip di TikTok sahaja menjadi, sampai jadi Coach TikTok sambil ketawa, kata Sufina”.

Bermula dengan berkongsi ilmu bagaimana ingin menggunakan aplikasi TikTok ini membuka mata ramai pemilik akaun media sosial di luar sana untuk belajar dengan lebih banyak lagi cara untuk membuat video dan kaedah menaikkan bilangan penonton dan sebaginya. Di sinilah mulanya cerita Coach Sufina.

Suri rumah pun boleh buat duit dengan TikTok tau, kalau nak tahu lebih lanjut macam mana kena la Follow TikTok WFsufina

Pelbagai tip yang boleh anda pelajari dalam tiktok, banyak manfaat yang Coach Sufina kongsikan. Tunggu apa lagi?

@wfsufina Joining the trend . Siapa tahu ini bahasa apa ya? #TikTokGuru #JomBelajar #LearnOnTikTok #yezzaaa ♬ Derago funkot – ᴋᴇɴᴊɪʀᴏ

Hanya dengan memberi ilmu di TikTok kini beliau mendapat banyak jemputan dari badan kerajaan dan juga swasta untuk memberi tip dan teknik bagi mengembangkan jenama syarikat masing-masing di TikTok. Jom lihat beberapa kejayaan Coach WFsufina kita.

 

Usaha itu tangga kejayaan, boleh jadi contoh terbaik untuk semua di luar sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *